Wednesday, May 30, 2012

Jom...rehatkan minda dan mengisi ruang masa yg terluang dgn membaca novel . Nak tau ceritanya? Ceritanya mengisahkan tentang sebuah  perkahwinan pasangan Hisyam dengan Idayu. Kehidupan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh hatinya. Namun dipihak Hisyam... bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi ..tapi oleh siapa? dan untuk siapakah cinta dihatinya? Apakah benar hubungan  dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata?..itulah persoalan yang dikemukakan oleh penulis novel ni Hanni Ramsul...sekadar berkongsi cerita kehidupan yang hanya untuk seketika.. dan juga untuk merehatkan minda dari memikirkan hal2 yang membebankan...

No comments:

Post a Comment